Sunday, December 6, 2009

Cabaran Realiti "Undang-undang Islam" di Malaysia

Saya cabar pembaca saya membuat satu video untuk dimuatnaik ke situs Youtube bertajuk "Realiti Undang-undang Islam di Malaysia." Syaratnya, pilih secara rawak lima orang responden berbangsa Melayu, lima orang responden berbangsa Cina, dan lima orang responden berbangsa India.

Format video tersebut adalah temuramah secara santai. Berikut adalah soalan-soalan yang perlu ditanya:
(1) Apa yang kamu faham tentang Undang-undang Islam?
(2) Bagaimana pula tentang Undang-undang Syariah Islamiah? Apa yang kamu faham? Ada beza? (nota: klik pautan untuk melihat siapa yang sebenarnya dungu)
(3) Apa itu undang-undang Hudud secara kasarnya?
(4) Tahukah kamu apa itu Qisas dan Takzir?
(5) Sesuaikan semua ini dilaksanakan di Malaysia?

Tujuan utama temuramah tersebut adalah bagi meninjau secara kasar tentang kefahaman masyarakat sekitar tentang undang-undang yang ditetapkan di dalam Islam. Diharap video tersebut mampu membuka mata orang-orang PAS supaya mengubah strategi dakwah mereka disebabkan ada sebahagian daripada mereka mengotorkan imej agama Islam.

Contohnya, pakai kopiah sahaja sudah menjadi lesen untuk melakukan apa sahaja. Kononnya supaya tidak menjadi pelupa. Supaya jadi pandai dalam pelajaran dan menghafal al-Quran. Itu sahaja. Tetapi apabila di luar, mereka lupa mereka itu Islam. Kerana mereka berperangai seolah-olah seperti orang tidak beragama. Sudah nampak orang jahil di depan mata, dikatakan orang itu bodoh, hina, dan lancau. Kemudian mendabik dada kerana ilmu tinggi. Dan menjadi speaker surau, misalnya. Speaker surau yang tidak tahu fatwa Tuan Guru Dr. Harun Din Al-Hafiz tentang "Iblis pada dahulunya bukan Malaikat seperti yang kita sangka".

Tak ubah seperti paderi-paderi di zaman gelap Eropah kuno.

Oh ya, abaikan sahaja kemerapuan saya. Saya takut nanti dilabel pengikut kerajaan langit. Tumpukan sahaja dengan projek ini. Saya imanahkan projek ini kepada sahabat blogger saya yang bukan beragama Islam, Chan. Ini disebabkan kebanyakan orang Melayu memang syok sendiri. Seperti kamu.

LANJUTAN DARIPADA:

Komen bernas daripada "UMMAH PROTECTOR"

pokdeng..pokdeng..apakah undang-undang Islam itu tidak sama dengan undang-undang syariah???

apa kejadahnya la pokdeng ni...

undang-undang islam itu sama la dgn undang-undang syariah...cumanya..kan undang-undang takzir tu dah mmg dipraktikkan kat malaysia ni..ape lg yg nak diperjuangkan.....bodoh...

pokdeng ni mst x pernah g ceramah pas...bila masa plak ade penceramah sebut perkataan hudud 400 kali dalam sesebuah crmhnye? buktikan!!!saya ulang..buktikan!!! lg skali whai pokdeng yg dungu...buktikan!!!hahahaha

pokdeng....pemimpin pas x pnh ckp klau org kafir...kene ikut hukum hudud...klau pokdeng x caye...g la jmpe tokguru nik aziz kat masjid pulau melaka..dia ade tiap2 subuh, maghrib dan isyak kat situ....jgn risau..x perlu temujanji....bkn mcm pemimpin2 BN yg pokdeng jilat itu....huhu

org kafir...telah disebut oleh ketua pemuda pas banting dlm ceramahnya di stadium jugra, boleh memilih sama ada nak hukum takzir, atau hukum hudud klau kesnya berkaitan ngan hukum hudud.

pokdeng hanya komen tanpa menghadiri ceramah dan kuliah PAS....tu yg komen pokdeng mcm komen org gila sahaja....hahahahaha

P/S: whai sedare CHAN...kopiah ini adalah utk menutup kepala berlandaskan sunnah...mengelakkan daripada cepat terlupa...sila rujuk pakar otak di hospital berdekatan anda.... (abg kpd ummah protector mmg bakal doktor pun...hahaha)

---------------------

tadi..pokdeng jgk yg ckp...ustaz2 tu belajar dgn memahami cermh2 agama dan bljr secara x formal kat surau dan masjid...so, pokdeng yg pertikaikan tahap pendidikan diorang...
tapi skang, pokdeng pun nmpknye sama je mcm mereka...belajar dgn mencedok ilmu2 entah dimana entah...mungkin pokdeng ni belajar kat kerajaan langit kot...hahahahahaha

P/S: "ummah protector" pun kenal khalid tu...we are from the sama class...same batch and same religion...he is the speaker for masjid la pokdeng..u will never argue with him..hahaha

-----------------------

Komen saya: "Ummah Protector" yang mencerminkan imej orang Melayu Islam di hadapan orang bukan Islam (Chan). Tahniah. Allahuakbar!!

Saturday, December 5, 2009

Komen-komen daripada KHALID ISMATH

pokdeng..pokdeng..boleh tau ape kelulusan pokdeng?saya dlm proses utk degree in shariah law and civil law...kakak saya pendaftar di UPU. dia mungkin boleh cekkan dimana pokdeng belajar sebelum ni..boleh bgtau? (sumber)

pokdeng x belajar siasah syariyyah kot...tu yg bebal semamcam tu....hhahahaah. hudud, qisas dan takzir itu kan selari...klau nak buat takzir..kene buat hudud dulu..bila xde dlm hudud, baru boleh lihat kpd takzir..alahai pokdeng tua yang lancau dan hina ini...bodoh sgt...buat malu je tulis artikel cam ni....bdk2 skola pun lebih bijak drpd kamu oi... (sumber)

pokdeng..pokdeng...kesian tgk kau...tak pernah baca surah baqarah ayat 34?jelas allah katekan bahawa syiatan itu malaikat sebelum dia kufur perintah allah untuk sujud kpd adam.....kau dpt fatwa dari mana sih tentang iblis itu bukan malaikat dulu? sekarang mmg dia sudah bukan malaikat...kerna dia sudah kufur...dia digelar syaitan...lihat albaqarah ayat 34... (sumber)

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Korban

"yup memang kesian aku kerana dapat pama yang mengamalkan seks bebas. karena itu, aku juga mengikuti mereka. dosa ku menolak perempuan yang mengandung anak luar nikah ku, ku tutup sebelah mata, hari ini aku hendak berbini, terpaksa ku berlagak 'suci' apa malangkah nasib bakal isteriku kelak? walaupun aku ini jahat, boleh kah aku mendambakan seorang isteri yang baik? bukankah seorang lelaki jahat seperti ku hanya layak untuk seorang perempuan yang jahat juga. bertuah la aku jika aku mendapatnya :) kerana aku tidak kesah dengan pandangan orang. bak kata pepatah zaman baru ini, jahat tetapi bertuah." -- menyesal tetapi belom bertaubat, (sumber)

FW: "Don't Judge Me" oleh Chan

Dia telah berjaya menulis hebat seperti saya.

Saturday, October 31, 2009

Memijak Al-Quran

Islam, kalau agamanya bodoh, usah jadi muslim. Ya, saya tahu. Saya tahu. Kamu semua mengatakan Islam itu lengkap. Kalau boleh, kamu mahu karang satu lagu nasyid bertajuk "Islam Itu Lengkap". Kamulah penyanyinya. Suara sengau.

Kalau sudah lengkap, lengkaplah ia. Tetapi kenapa otak kamu itu terlalu rosak untuk mengatakan bahawa, "jangan banyak soal tentang agama". Takut sesat.

Saya rasa orang seperti kamu itu harus ditumbuk dengan buku lima di bahagian muka sebanyak empat puluh empat kali bagi mewakili empat puluh empat malaikat penting. Darah yang mengalir itu kamu lap dengan serban kamu itu.

Maknanya, semasa sesi dakwah kepada orang bukan Islam, kamu akan berkata kepada si bukan Islam tersebut; "Kamu jangan banyak tanya soalan yang pelik-pelik. Baiklah, dekat mana kita tadi? Oh ya, Allah itu satu... bla bla bla..."

Sangat ironik kehidupan orang Melayu tak sedar diri ini.

Kadang-kadang, golongan-golongan lebai tak bertauliah ini bodoh sombong. Bongkak dengan apa yang mereka ada, walau hanya seciput ilmu syariah. Kalau terus dihentam dengan persoalan, terus dilabel kita ini "orientalis".

Berbeza dengan lebai bertauliah, setiap persoalan dijawab dengan baik. Orang lain digalakkan bertanya supaya iman mereka semakin utuh.

"Maka, apakah mereka tidak memerhatikan Al-Quran, atau hati mereka terkunci?" (Surah Muhammad, ayat 24)

Sunday, October 25, 2009

Hayy-ism (2)

Kupasan daripada entri hebat tulisan saya bertajuk: "Hayy-ism"

*************

Jangan berangan mahu jadi ustaz jika kamu tak ubah seperti kasanova agama. Kamu hanya cantik pada kata-kata bersulam agama. Tetapi ilmu kamu tidak gah seperti tarian seksi dan lucah serta hina bibir kamu itu.

Lebih-lebih lagi jika kamu itu hanya anak muda yang baru lepas sekolah menengah. Kebiasaannya, sekolah berasrama. Ini disebabkan pada pengamatan saya, ramai pelajar lulusan pelajar sekolah berasrama cuba berperangai kasanova agama ini. Lebih-lebih lagi jika kamu pernah menjawat jawatan AJK surau. AJK surau hanya terlibat dalam hal pengurusan surau. Itu sahaja. Kamu tidak belajar ilmu agama tinggi-tinggi.

Kamu dapat A untuk subjek Pendidikan Islam Sijil Pelajaran Malaysia. Tahniah saya ucapkan. Tetapi takziah untuk sikap celaka kamu itu. Apa kamu ingat dengan nilai A itu kamu sudah mampu mendabik dada mendakwa diri kamu itu lebai?

Struktur pengajaran Pendidikan Islam sekolah menengah tidak mengajar dengan mendalam ilmu-ilmu agama. Kamu hanya belajar pada tahap permukaan. Pengetahuan tentang hukum hakam semata-mata. Contohnya, hukum zina. Tetapi kamu tidak belajar bagaimana hukum itu difatwakan mengikut cara Usul Fiqh.

Bagi spesis-spesis kasanova agama ini, mereka (atau kamu. Ya, kamu) hanya mampu mengeluarkan ayat-ayat al-Quran yang eksotik bunyi Arabnya itu lalu mengatakan, "Lihat! Ayat ini menunjukkan HARAM menghampiri zina! Nau'zubillah..."

Dan "nau'zubillah" itu mesti ditekan sebutannya supaya lebih Arab daripada orang Arab itu sendiri. Kata-kata pelengkap orang lebai yang lain juga digunakan dengan kadar yang tinggi, seperti: Alhamdulillah, Allahuakbar, Innalillah, dan sebagainya. Padahal orang Arab yang berada di Mesir, walau perangainya macam setan tetap menyebut kalimah-kalimah tersebut.

Slanga arab kasanova agama ini (seperti kamu) sangat dalam. Tetapi sayangnya kamu tidak belajar ilmu Bahasa Arab yang menjadi asas penting dalam fatwa hukum. Kalau kamu belajar pun, hanya setakat Bahasa Arab komunikasi. Tidak sampai tahap Bahasa Arab tinggi yang banyak bermain dengan 'nahu', 'lahjah', dan bermacam lagi kesenian Bahasa Syurga tersebut.

Apabila hal ini berlaku, kamu tidak tahu 'kata kunci' pada ayat pengharaman zina tersebut. Pada tanggapan kamu, seolah-olah semua perkataan dalam ayat itu menunjukkan zina itu haram. Hal ini juga terjadi jika kamu menunjukkan kamu itu hebat dalam ilmu agama seperti mengeluarkan ayat-ayat dari al-Quran memperkatakan hukum wajib solat, hukum wajib puasa, hukum makruh makan biawak padang pasir dan sebagainya.

Itulah, mahu sangat jadi lebai. Lebai bodoh, satu istilah yang tepat untuk kamu.

Sejurusnya, akibat tidak tahu ilmu dalaman Bahasa Arab ini, kamu akan menjadi bangang dalam hal-hal agama yang pada hati kamu yang busuk itu, kamu rasa hebat. Jika ada orang mempersoalkan kenapa Allah itu satu, kamu akan menjawab dengan cantik. Lemah lembut kata-kata kamu. Maklumlah, kasanova.

Kemudian apabila kamu dijerat dengan soalan; "Kenapa di dalam Al-Quran kata-kata kerja yang melibatkan Allah itu membawa maksud jamak? Kenapa Allah menggunakan kata nama diri 'kami' dalam memberi kata nama dirinya? Bukankah kamu kata Allah itu satu?"

Maka, seperti babi kamu akan terbebek bibirmu lantaran tidak tahu menjawab soalan tersebut. Ini disebabkan; PERTAMA: Ilmu kamu hanya Pendidikan Islam sekolah menengah. Tidak lebih daripada itu, KEDUA: ilmu bahasa Arab adalah kosong. Jika ada, itu hanya Bahasa Komunikasi yang membolehkan kamu membuat struktur ayat yang bermaksud "Hari ini saya pergi ke sekolah menaiki kereta". Itu sahaja.

Tetapi kamu masih mahu berlagak lebai. Dan juga kamu mahu diri kamu diangkat oleh si jahil di luar sana bahawa kamulah bakal ustaz. Bodoh.

Merujuk kepada persoalan di atas, jawapannya terletak pada ilmu bahasa Arab tinggi. Tatabahasa dalam Bahasa Arab menekankan individu yang kuat dan berkuasa itu (seperti Sultan, Raja, atau CEO syarikat) dengan kata nama diri jamak. Jadi, 'kami' digunakan untuk memberi maksud kata nama diri kepada Allah.

Jika kamu tidak tahu ilmu Bahasa Arab, siapa mahu jawab? Bodoh.

Maka lahirlah golongan kasanova agama ini yang cenderung mengeluarkan hukum sendiri berdasarkan pemahaman individu kasanova agama itu. Sudahlah dirinya itu berbangsa Melayu, tetapi mahu menterjemah bahasa Al-Quran mengikut kacamata orang Melayu juga. Kalau macam itu, Allah itu ramai lah? Begitu?

Inilah yang terjadi pada kitab-kitab dari langit selain al-Quran yang terjejas keasliannya. Sudahlah umat-umat terdahulu banyak memesongkannya. Ditambah pula dengan kebengongan mereka menterjemah ikut kaca mata rabun mereka sendiri. Kitab Injil banyak diolah ikut kacamata orang Roman, bukan ikut kacamata orang Yahudi di mana bahasa asal kitab itu adalah hebrew.

Maka kamu pun mahu melakukan perkara yang sama. Hatta jika kamu membuka tafsir sekalipun, kamu boleh menyesatkan orang lain dengan pemahaman cetek kamu. Maka lahirlah hukum 'harus' tak pakai tudung bagi perempuan kerana dalam al-Quran kata, yang wajib hanya untuk isteri Nabi sahaja.

Belum cukup dengan itu, kamu itu sudahlah bengong, kamu takbur pula tu. Kamu berasakan ilmu hukum hakam yang dikorek daripada internet itu sudah cukup melebaikan kamu.

Kamu tidak pernah berguru dengan tertib. Sesungguhnya, belajar ilmu agam tidak sama seperti belajar ilmu matematik iatu kamu hanya boleh mempelajarinya melalui bahan bacaan. Proses pembelajaran ilmu agama mestilah melibatkan guru yang duduk menghadap muka muridnya, kenal muridnya, dan menguji muridnya supaya faham ilmu tersebut. Dibekalkan kitab sebagai bahan pengajaran sampingan. Tetapi kamu itu macam celaka, sudahlah malas berguru dengan tertib, kamu mendakwa diri kamu itu bakal ustaz.

Macam haram. Kesian betul.

Ada juga di antara kasanova agama ini pergi ke surau. Dan ilmu diambil daripada ceramah-ceramah agama. Kemudian keluar dari surau, terus mendakwa diri memperoleh ilmu baru yang sangat mendalam. Maaf, itu hanya membodohkan diri kamu.

Ceramah-ceramah agama di surau biasanya melibat hal-hal permukaan untuk kesejahteraan ummat. Kebiasaanya penceramah tidak menyentuh isu mendalam bagi mengelakkan pendengar yang kebiasaannya golongan tua pening. Lebih-lebih lagi hal Tasawuf, Usuluddin, dan Makrifat.

Jika kamu mahu ilmu mendalam, kamu haru berjumpa dengan penceramah tersebut dan sampaikan hasratmu. Tetapi saya faham, kamu itu bodoh sombong. Kamu tidak mahu nampak diri kamu itu lemah. Kamu mahu nampak diri kamu itu tinggi dan dihormati oleh orang-orang jahil yang tidak tahu baca surah Al-Fatihah dengan tajwid yang betul.

Ini disebabkan status kamu sebagai mahasiswa menara gading yang bakal membawa gelaran jurutera dan doktor. Lulusan universiti luar negara pula tu.

Sesungguhnya apa yang kamu lakukan sekarang adalah bagus. Fardhu kifayah bagi umat Islam mempelajari ilmu duniawi sehingga hebat dan dapat memajukan umat Islam. Tetapi sebagai seorang yang punya akal (kamu bukan lembu saya rasa), kamu harus sedar di mana landasan kamu sekarang.

Faktanya, kamu bukan berada dalam kursus pembelajaran ilmu-ilmu syariah, atau ilmu-ilmu wahyu, atau ilmu-ilmu hadith, atau ilmu-ilmu agama lain pada amnya. Jadi janganlah mendabik dada macam celaka bahawa kamu itu kuat agama.

Ini tidak, hanya belajar ilmu perubatan (dan MENCARI ILMU AGAMA DALAM BERGURU SANGAT MALAS!), kamu mendakwa diri sebagai ustaz atau lebih hebat lagi, seorang pro-taz iatu 'professional ustaz', sebuah istilah hebat yang kamu belajar di sekolah yang kamu belajar untuk mendapat A dalam subjek Pendidikan Islam, tidak pernah belajar Bahasa Arab tinggi, dan menjadi AJK surau.

Cari ilmu.

Jangan jadi celaka lah bodoh.

Monday, October 5, 2009

Urusan Antara Kamu Dengan Tuhan

Agama Islam adalah satu-satunya agama di dunia ini yang sangat menitikberatkan hubungan baik antara manusia dengan Allah, manusia dengan manusia lain, dan manusia dengan alam sekitar seperti binatang dan tumbuhan.

Disebabkan oleh itu jika kamu berbuat salah dengan manusia lain, dosa kamu dengan si polan tersebut akan terampun sekiranya kamu meminta maaf dengannya, disusuli (atau didahului) dengan taubat kepada Allah. Disebabkan itu sekali lagi Hari Raya Aidilfitri kita digalakkan memohon maaf dan memaafkan orang lain. Ada ke Hari Krismas digalakkan memohon maaf? Ada ke Tahun Baru Cina digalakkan mohon maaf? Ada ke Hari Pesta Tadau Keaamatan digalakkan memohon maaf?

Apabila disebut 'digalakkan', maka saya harap kamu faham erti perkataan tersebut kerana saya percaya orang yang membaca penulisan ini adalah orang yang faham Bahasa Melayu, bukan Bangla yang hanya tahu "tumpang lalu... mau bersih lantai". Dan disebabkan itu sekali lagi dosa kamu dengan manusia lain tidak boleh dimaafkan oleh pak lebai, kiyai, pak imam, dan Pegawai Agama daerah masing-masing.

Maka jika sekiranya kamu beranggapan bahawa hidup kamu itu hanya Allah sahaja yang layak tentukan dosa atau pahala kamu, seperti kamu mahu solat atau tidak, kamu mahu tutup aurat atau tidak, kamu mahu minum arak atau tidak, kamu mahu bergaul bebas atau tidak, dan pelbagai lagi, kamu adalah babi.

Maka jika sekiranya kamu beranggapan bahawa orang lain tidak boleh menegur kamu supaya meninggalkan perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam kerana atas faktor privasi dan sentimen 'jangan jaga tepi kain orang', kamu adalah babi.

Maka jika sekiranya kamu beranggapan bahawa ustaz-ustaz agama bukanlah orang yang sepatutnya mengeluarkan hukum halal haram makhruh harus kerana mereka bukan Tuhan, kamu adalah babi.

Maka jika sekiranya kamu beranggapan orang sekeliling kamu (seperti Badan Pencegah Maksiat) tidak ada hak untuk menghukum kamu sekiranya kamu melakukan maksiat seperti zina, berdua-duaan, dan sebagainya, kamu adalah babi.

Maka banyak lagi lah permutasi yang tidak perlu ditulis untuk menentukan betapa babinya kamu dalam dunia ini.

Jeleknya, disebalik ke-babi-an kamu mengagung-agungkan falsafah sekular di atas, kamu adalah orang yang pakar dalam menyebut "syurga di tapak kaki ibu". Ini bermakna, keredhaan hidup kamu bergantung kepada ibu. Dalam erti kata lain, kalau ibu tidak redha, Allah tidak redha. Dalam erti kata lain sekali lagi, mengikut ideologi kamu, bukankah urusan syurga itu hanya pada Allah?

Sebaliknya jika ibu kamu pun sama mengagung-agungkan fahaman sekular di atas, ibu kamu juga babi. Kamu adalah anak babi. Bagi kamu, ilmu agama adalah tahi babi yang haram disentuh dan patut dielakkan daripada tersentuh kulit babi kamu.

Thursday, September 10, 2009

Iblis pada dahulunya bukan Malaikat

Apa kamu ingat agama Islam ini mengambil doktrin agama Kristen dalam perihal sejarah Iblis dengan mengatakan Iblis itu asalnya Malaikat dibuang dari syurga kerana tidak mendengar perintah Tuhan? Saya tak percaya. Tipu semua itu.

Saya tidak tahu dalilnya. Cuma saya saja suka-suka ingin berkata demikian. Saya sebenarnya jahil. Sementara kamu itu pandai.

Oleh itu, silalah maki saya dengan pegangan baru saya ini iatu 'Iblis pada dahulunya bukan Malaikat'. Kamu patut maki saya kerana ia bertentangan dengan akidah kamu, kawan kamu, ibu bapa kamu, datuk kamu, nenek kamu, serta Hang Tuah dan Hang Jebat kamu itu.

Saturday, August 29, 2009

Kepada Pembangkang Pokdeng

Saya menulis semula jawapan saya disebabkan terdapat beberapa kesilapan pada dalil dan juga menambah beberapa contoh bagi memudahkan pemahaman. Juga diselitkan pautan bacaan lanjutan terbaru.

-----------------------------------

Kepada: Pembangkang Pokdeng (nota: 'Pembangkang Pokdeng' merupakan nama samaran pengkomen terbaru blog ini. Jadi, ia tidak ditujukan kepada orang lain).

Sebenarnya ia merupakan pendapat sebahagian ulamak (bukan orang perseorangan seperti saya atau kamu) berdasarkan 3 dalil:

Dalil pertama: hadith sahih Nabi Muhammad tentang "syaitan dibelenggu" ketika datang malam pertama dari bulan ramadhan semua syaitan dibelenggu dan seluruh jin diikat. Semua pintu - pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang terbuka, semua pintu syurga dibuka hingga tidak ada satu pintu yang tertutup. Lalu tiap malam datang seorg yang menyeru, 'wahai org yg mencari kebaikan,ke marilah.wahai orang yg mencari keburukan menyingkirlah.hanya Allah yg bisa menyelamatkan dr api neraka." (H.R TIRMIDZI).

Dalil kedua: hadith sahih tentang "syaitan bergerak di dalam pembuluh darah manusia" (“Sesungguhnya syaitan itu berlari-lari di dalam pembuluh darah anak Adam”).

Dalil ketiga: dalil tentang iblis berjanji kepada Allah untuk menyesatkan anak cucu nabi Adam sehingga hari kiamat.

Saya tidak meletakkan siapa periwayat ketiga di atas kerana ia adalah dalil popular yang banyak diketahui umum. Selain itu, saya juga menganggap kamu sebagai seorang yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi (kerana komen kamu).

Oh ya, dalil tersebut daripada surah al-A’raaf 7:14. Juga terdapat pada surah al-Isra’. Hehe.

Berbalik kepada dalil-dalil di atas, dalil ketiga memegang erat tentang hal syaitan bertekad untuk menyesatkan umat nabi Adam sehingga hari kiamat, sekaligus memberi khilaf kepada maksud popular “dibelenggu/diikat/dirantai" pada dalil pertama kerana syaitan bekerja setiap masa tanpa berehat sepanjang tahun.

Hadith sahih Muslim ada menyebut; “Sesungguhnya syaitan hadir di sisi seseorang kalian pada setiap sesuatu yang kalian lakukan” menguatkan lagi hujah ini. Lebih senang cerita, syaitan hadir dalam setiap perlakuan manusia setiap masa.

Oleh sebab itu sebahagian besar ulamak mula mengambil kira pendapat alternatif tentang maksud ‘dibelenggu/diikat/dirantai’ bahawa ia sebenarnya maksud literal. Jin (jin jahat) dan syaitan tidak dibelenggu dengan rantai. Tetapi ia sebenarnya membawa maksud bahawa orang Islam yang berpuasa itu sendiri (beserta amalan-amalan sampingan bulan Ramadhan) yang membuatkan syaitan itu tidak dapat bergerak terutamanya kesan puasa yang membuatkan pergerakan darah menjadi perlahan dan saluran darah menjadi sempit. Oleh itu, syaitan seolah-olah ‘dibelenggu’.

Ia terbukti oleh sains; apabila kita makan, metabolisma badan mengambil tugas memecahkan makanan kepada zat-zat. Proses ini menggunakan tenaga dalam bentuk ATP (adenosine triphosphate). Mitochondria di dalam setiap sel badan mula mengeluarkan tenaga bagi membantu metabolisma badan bekerja. Setiap tenaga yang dilepaskan menghasilkan haba. Haba menyebabkan saluran darah mula mengembang bagi meningkatkan saiz permukaan. Ini merupakan proses kawalan suhu badan. Pada waktu ini, syaitan mampu bergerak dengan lancar bersama pengaliran darah. Puasa menyempitkan saluran darah. Amalan sampingan semasa bulan Ramadhan seperti memperbanyak bacaan al-Quran ‘mencuci’ salur darah daripada makhluk-makhluk ini.

Juga terdapat dalam satu hadith sahih bahawa orang yang ingin menahan diri daripada perbuatan zina hendaklah dia berpuasa. Hadith sahih ini menyokong hadith kedua yang dinyatakan di atas kerana hadith ini menceritakan puasa dapat menahan diri daripada godaan syaitan dan nafsu.

Sihir tetap boleh berlaku pada bulan Ramadhan. Sihir disebabkan oleh ahli sihir, menggunakan perantaraan jin atau syaitan. Kita rujuk kembali hadith sahih di perenggan pertama tentang perkara dibelenggu ini. Hadith tersebut berbunyi: Jin jahat dan syaitan. Kenapa tidak disebut iblis dan syaitan?

Jadi, adakah mereka betul-betul diikat dengan rantai pada bulan Ramadhan? Kenapa masih berlaku sihir?

Kadang-kadang saya terfikir, bagaimana syaitan itu diikat pada 1 Ramadhan? Hari pertama Ramadhan di Jepun lebih awal daripada hari pertama Ramadhan di Malaysia. Adakah syaitan di Jepun itu ditangkap dahulu sebelum syaitan di Malaysia?

Sekali lagi diulang, ia pendapat ulamak. Bukan pendapat saya. Bukan pendapat orang biasa. Pendapat ulamak adalah berdasarkan dalil. Bukan berdasarkan imaginasi (seperti yang kamu tuduh saya dalam komen kamu pada artikel yang saya buang itu). Cara ulamak mengeluarkan hukum dan pendapat berdasarkan dalil adalah bukan dengan mengambil isi dalil itu bulat-bulat. Tetapi berfikir dengan dalam tentang maksud dalil tersebut.

Sekarang, menjadi tanggungjawab kamu Pembangkang Pokdeng untuk memperbetulkan saya. Saya memang mahu teguran daripada orang seperti kamu, disusuli dengan dalil kukuh sehingga saya yakin. Sekali lagi saya ulang, saya mahu dalil kerana kamu minta dalil daripada saya. Jadi saya juga mahu dalil juga daripada kamu.

Akhir kata, kamu tahu kenapa saya sangat pedas dalam menyebut “atau kamu lah syaitan” pada artikel yang saya buang itu? Kamu tahu kenapa? Saya tahu kamu agak kurang senang dengan kata-kata tersebut kerana terlalu pedas seolah-olah saya sedang menghina manusia lain. Tujuannya, saya ingin menikam kalbu manusia yang mengikut gerak-geri syaitan tetapi masih mengaku manusia. Itu lah yang dinamakan syaitan manusia. Surah al-An’aam ada menyebut tentang adanya syaitan manusia:

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.” (6:112)

Selamat berpuasa.


Bacaan lanjutan:

http://akrine.blogspot.com/2008/09/catatan-rawatan-di-bulan-puasa-alkareem.html (sila rujuk bahagian 2. Jin dan Syaitan Diikat Di Bulan Puasa)

http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=169&Itemid=1